Wednesday, February 11, 2009

tugasan harian








Sebahagian tugasan untuk laporan kerja harian.
Setiap kerja yang melibatkan "troubleshooting" perlu disertakan
foto tugasan. ( foto di ambil mengunakan camera CANON 1.2MP pada tahun 2001 )

Aku nak cite skit pasal mentol tu, selain dari tugasan yang ada kat "ground" kita orang pun kena snap foto kat atas menara gak, nak memeriksa lampu menara.
cam ne kita orang naik & turun menara macam tu lah kawan aku bikin.
So mengambil foto diatas menara memerlukan perhatian yang tinggi dari aspek keselamatan, kreativity & mesej yang perlu disampaikan.

foto menara & jalan tu aku shoot dari atas platform menara yang atas sekali 65meter

( Jalan K.Selangor-Tg Karang )
Selain aku buat tugasan siang, malam pun aku kena laksanakan tugasan....
So sok aku sambung cita lagi.......
























Tuesday, February 10, 2009

DSLR




tahun 2006 aku upgrade ke DSLR - beginner.


Aku mula belajar amik gambar ngan sifu, otai yang diorang ni


memang x kedekut ilmu, lagi diorang mau ajar pada beginner macam aku. Dari x tau apa itu PHOTOGRAPHY sehinggalah


tau guna setting MANUAL, dari taun 2006 sampai sekarang aku tetap masih belajar lagi......


pastu aku belajar edit gambar lak, mula-mula aku guna photoshop 7.

Inilah PC yang dulunye begitu power...P4/2.0 RAM DDR533

AGP 256 Operation window HDD120G/Backup HDD250G.

Sekarang PC ini hanya untuk anak & wife aku wat kerja paper work & tengok email.

K...sok kita sambung cite lagi....

Friday, February 6, 2009

Bermulanya disini.....




Kamera digital CANON 1.2MP yang pertama saya miliki pada tahun 2000, waktu itu harganya mencecah

RM800 memori kad hanya 128Mb/s sahaja.

kamera tersebut masih digunakan oleh anak-anak saya untuk tujuan latihan dan menambil foto untuk aktiviti di sekolah beliau.

Kemudian saya memiliki kedua dua digital kamera untuk tujuan tugasan harian saya & isteri saya bertindak sebagai jurufoto untuk sesuatu majlis ditempat beliau bertugas.

Minat saya & famili didalam bidang fotografi asalnya didorong oleh kerana fotografi selain menghasilkan sesuatu kerja seni tetapi dari fotografi kita boleh menyampaikan sesuatu mesej dan juga memberi pulangan samada wang atau pengalaman.